GALERI ILMU

BERDOALAH KEPADA ALLAH...



8 PERKARA MENAMBAHKAN IMAN


1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.


2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya. 

Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.

3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.


4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.

5-Memperbanyakkan solat-solat sunat  dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.

6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.

7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan  Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan  kerajaan atau majikan.

Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya  lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.




LOGO 1 MALAYSIA





KSSR

STANDARD PRESTASI PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 2011


BAND

1

Tahu
PENYATAAN STANDARD

Tahu bacaan al quran dan surah-surah hafazan, asas akidah,ibadah,adab dan hadis pilihan, sirah Rasulullah S.A.W dan asas jawi


2

Tahu Dan Faham

Tahu dan faham bacaan al-Quran dan surah-surah hafazan,asas akidah, ibadah, adab, hadis terpilih, sirah Rasulullah S.A.W dan asas jawi

3

Tahu Faham Dan Boleh Buat

Tahu, faham dan boleh membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah hafazan,memahami hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, serta mengetahui sirah Rasulullah S.A.W dan asas jawi


4

Tahu Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab

Tahu faham dan boleh membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah hafazan dengan bertajwid menghayati asas-asas akidah, melaksanakan ibadah , adab dan  hadis pilihan , meneladani sirah Rasulullah S.A.W dengan beradab dan membaca dan menulis  jawi

5

Tahu Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji 

Tahu faham dan boleh membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah hafazan mengikut makhraj yang betul,fasih dan  bertajwid menghayati asas-asas akidah, melaksanakan ibadah , adab dan  hadis terpilih , meneladani sirah Rasulullah S.A.W dengan beradab  serta membaca dan menulis  jawi

6

Tahu Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithali

Tahu, faham dan boleh membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah hafazan mengikut makhraj yang betul,fasih dan  bertajwid derta menjaga adab dan layak menjadi naqib. Menghayati dan mempercayai konsep iman dan melaksanakan ibadah secara istiqamah, mengamalkan adab dengan sempurna dan hadis terpilih , meneladani sirah Rasulullah S.A.W dengan beradab serta membaca dan menulis  jawi