RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Ibadah)
Tarikh : 4 September 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.45 – 9.45am
Tahun : 6 Merah
Tajuk : Ibadah Puasa Ramadhan
Sub Tajuk : Konsep Puasa
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat :
1- Menyatakan pengertian puasa iaitu menahan diri daripada makan dan
minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit
fajar hingga terbenam matahari serta berniat pada waktu malam.
2- Menyatakan dalil naqli kewajipan puasa :
Maksudnya : wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu
berpuasa.....
3- Menyatakan hukum berpuasa sepanjang bulan Ramadhan adalah wajib
4- Menyatakan tahun mula disyariatkan puasa Ramadhan
5- Menyatakan hikmah puasa:
5.1- menandakan kesyukuran kepada Allah
5.2- melatih diri dengan sifat mahmudah
5.3- memberikan kerehatan kepada sisitem penghadaman
5.4- menghindarkan diri daripada penyakit yang berpunca daripada
pemakanan
5.5- meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
Kaedah Mengajar : i-peneranga
ii-soal jawab
Kaedah Mengajar : i-peneranga
ii-soal jawab
iii-sumbangsaran
iv-perbincangan
Alat Bantu Mengajar : Buku teks, Powerpoint, kertas mahjong, pen marker, lembaran kerja,carta.
Nilai : Bersyukur, kerjasama, berdisiplin
KBKK : Menjana idea - menyatakan hikmah mensyariatkan puasa
Membandingbeza - antara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menunaikan ibadat puasa.
PERKEMBANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah / Masa / Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | ABM / KBKK / Nilai | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||
Set Induksi (5 minit) Pengenalan Puasa | Guru mempamerkan taqwim Islam dan gambar gambaran bulan Ramadhan. Bersoal jawab nama-nama bulan Islam dan mengaitkan dengan isi pelajaran | Murid melihat gambar dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan guru. | ABM - Slide taqwim Islam - slide cover bulan Ramadhan |
Langkah 1 (15 minit) Pengertian dan Hukum Puasa Ramadhan. Menyebut Dalil Naqli. | Guru bimbing murid membaca maksud puasa dan membaca dalil naqli Guru menguji murid menyebut secara individu dalil disyariatkan berpuasa Guru bersoal jawab: i-tentang perasaan murid apabila berpuasa ii-aktiviti yang dilakukan di dalam bulan ramadhan Guru memberi rangkai kata untuk murid bina ayat maksud puasa. (Lampiran 1) | Murid menyebut pengertian dan hukum puasa Ramadhan secara latih tubi mengikut guru secara kelas dan kumpulan Murid perdengarkan bacaan dalil puasa Murid menjawab dan memberitahu aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan sepanjang bulan puasa Murid menulis maksud puasa berpandukan rangkai kata | ABM - Slide maksud puasa dan potongan ayat Al-Quran. NILAI - istiqamah (berdisiplin) dalam menunaikan ibadah puasa |
Langkah 2 (5 minit) Tahun Disyariatkan Berpuasa | Guru menjelaskan kepada semua murid tahun disyariatkan puasa Guru meminta murid menyebut semula dan memberi sokongan atau pujian. | Murid menyebut dan latih tubi membaca ikut guru dan rakan. Murid menyebut semula secara individu. | ABM - kad carta |
Langkah 3 (25 minit) Hikmah Berpuasa | Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan guru menjelaskan aktiviti perbincangan dan memberi idea untuk dibentangkan oleh ketua. Kump A-berikan kebaikan Kebaikan atau hikmah berpuasa Kump B -berikan contoh- contoh aktiviti yang boleh dilakukan di dalam bulan puasa Kump C-berikan sebab-sebab diwajibkan puasa Kump D-berikan akibat- akibat tidak menunaikan puasa Guru membuat maklumbalas hasil pembentangan kumpulan dan kaitkan sepenuhnya dengan hikmah berpuasa. Guru sebut nama murid dan meminta catat semula salah satu isi pada mana-mana tajuk yang dibentangkan di atas kertas mahjong yang dipamerkan. | Murid di dalam kumpulan dan berbincang serta memberi pendapat kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan, semua murid memberi perhatian Setiap murid mencatat semula salah satu isi pembentangan pada kertas mahjung mengikut tajuk yang disuruh oleh guru secara rawak. | ABM - kertas mahjong - pen marker NILAI - bekerjasama - sabar KBKK - menganalisis |
Langkah 4 (10 minit) Penilaian (tugasan) | Guru edarkan lembaran kerja : 1. isi tempat kosong 2. lengkapkan peta minda (lampiran 2 & 3) | Murid menjawab soalan-soalan yang diberikan guru | ABM -lembaran kerja -carta ayat |